Tuesday, May 4, 2010

KENANGAN....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

apakah mood anda dikala ini???
erm,kalau tanya saya...macam-macam yang bermain di kepala di kala ini..
hanya doa yang dapat dipohon..selawat dan istigfar dikala hati ini berbolak-balik..
berborak-borak dan bergurau dengan ahli bait..walaupan kadang-kadang saya tiada modal untuk bersembang..apa-apa pun syukur alhamdulillah ada juga penyeri buat kami dengan kehadiran jiran depan rumah kami aka bait Kautsar..melayan celoteh AZIMAH yang sungguh 'happening'...kadang-kadang tertunggu-tunggu kami jika dia tak ketuk pintu rumah kami..

buat ahli baitku..kalian jangan terasa ya..cuma diriku yang tiada modal nak sembang-sembang..biasala tidak ada sebarang benda yang boleh di kongsi, hanya mampu menjadi pendengar setia mendengar cerita adik-adik anda di malaysia..huhu

sungguh tak pernah saya lalui pengalaman seperti ini...
apakah ini perasaan yang dilalui oleh setiap yang bergelar mahasiswa/mahasiswi??
terutamanya buat mereka yang belajar di perantauan??

mungkin sistem pendidikan disini barangkali..

pabila diimbas kembali keadaan diriku di matrikulasi, walaupon rata-rata yang akan menyatakan zaman di matrikulasi adalah zaman paling STRESS..tapi bagi diriku..
zaman dimatrikulasi adalah suatu kenangan indah bagiku..saya menikmati setiap hari saya disana...mungkin sebab kembarku bersama-sama saya..ditambah pula, kesemua roomate saya adalah dari kos perakauanan..hanya diriku sahaja dari kos berlainan,iaitu sains hayat..dan tambah ceria suasana kami apabila jiran disebelah bilik saya adalah rakan mentee saya,ASWADANI..teman stadi saya adalah kawan dari kos sains fizikal,yang merupakan rakan sebilik kepada mentee saya..HIKMAH..kami akan stadi KIMIA bersama-sama dikala musim peperiksaan menyapa..

dan akan bertambah meriah bilikku bila menjadi tempat berkumpul kawan-kawan satu tutorial denganku,NONA,DAYAH..kami akan sama-sama buat study group..dan kadang-kadang roomateku yang dari kos perakauanan kadang-kadang akan menyoalku beberapa soalan yang terbit dikotak fikirannya..masih ingat lagi roomateku OOI SIN YING..bersungguh-sungguh meminta saya menerangkan tentang HIV...bermula dari bagaimana suatu sel diserang dan seterusnya didominasi oleh 'intruder' itu sendiri..khusyuk betul dia dengar..hehe..

dan tiap-tiap malam aku akan melayan kerenah OOI SIN YING dan FIDA gaduh-gaduh sayang..tidak akan sah kalau salah sorang tak cari pasal..dan tak lupa juga kepada kembarku yang setiap hari akan datang ke bilikku setelah menyiapkan kerja laundary di bloknya..sangat-sangat merindui saatku disana..bila stress,saya akan keluar kejap dari bilikku memandang bukit disebalik perpustakaan KMK..sangat menenangkan..

begitu juga ketika saya di sekolah menengah..percaya atau tidak..saya memang suka sangat ke sekolah..tidak pernah ternanti-nanti bila cuti sekolah akan tiba..sebab saya menikmati setiap hari yang saya lalui di sekolah..dan mungkin sebab family saya bukan jenis kalau cuti tu keluar bercuti..sebab pekerjaan ayahku sebagai seorang pengetua memerlukan komitmen yang tinggi..dan saya sudah terbiasa dengan keadaan bercuti di rumah..tiada istilah lepak-lepak bersama-sama dengan kawan..hanya wujud apabila saya sudah menamatkan SPM..itupun bukan lepak-lepak tanpa tujuan..hanya keluar bersama-sama rakan-rakanku seramai yang mungkin(perempuan saja),selalunya dalam 6-8 orang..keluar makan-makan dan beli buku dan akan pulang setelah selesai..

apa-apa pun yang saya lalui sekarang..saya percaya ada benda yang ALLAH nak tarbiyah diriku..dan syukurillah atas nikmat yang ALLAH berikan kepadaku sehingga kini..dimana saya boleh simpulkan bahawa tidak semua orang yang miliki apa yang saya miliki sekarang iaitu dipertemukan dengan KAWAN-KAWAN yang sekufu dan sesuai dengan jiwaku..anugerah terbesar saya disini adalah ahli bait saya sendiri iaitu SYAHIDA NAFISAH DAN NUR AIN ILLIYANA...yang sangat-sangat memahami diriku..semoga ukhwah kita akan berkekalan buat selama-lamanya....AMIN YA RABB...

AKHIR KATA, buat ahli baitku dan rakan-rakan seperjuangan, sama-samalah kita kuatkan semangat menghadapi peperiksaan di bumi kinanah ini...tak lupa juga buat kawan-kawan ku diserata benua(banyak sangat nak list)..insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..Rabbuna Yusahil..doakan kejayaan saya dan kawan-kawan saya disini..agak stress dengan jadual imtihan tahun ini...mintak maaf andai ada salah atau silap...

saya akhiri coretan saya dengan kata-kata ini:-

~:::~ Perjuangan ibarat tiram di laut,dihiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun
terluka tp dipendam,sungguhpun pedih tp disimpan,namun akhirnya dibalas
mutiara~:::~

p/s:- saya minta maaf andai post ini nampak riya'..hanya sekadar suatu coretan..tiada niat untuk menunjuk-nunjuk..minta dijauhkan..nauzubillah..

2 comments:

  1. salam nas...nampaknya hg mmg lagi hebat menulis dari aku. tahniah sbb hg dh berjaya melahirkan sebuah blog! ( bile mase hg mengandung?? aku xprasan pon) hahaha...papepon nas, ape yg tersirat dihati kita akan lebih mudah terzahir melalui huruf2 dan juga abjad...dari situlah orang akan menilai diri kita..

    p/s : hg silap eja nama ak laa ... nur'ain illiyana... hehehe...tenkiu

    ReplyDelete
  2. wsslm,mana ada la ain oi
    dah lama tak mengarang
    alhamdulillah..terima kasih ain..mintak maaf ya..lupa nak jarakkan ja 2..huhu..moga ak dapat gunakan blog ni sebaik yang mungkin..insyaAllah..^_^

    ReplyDelete