Tuesday, April 12, 2011

~THE POWER OF WORDS~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


This short film illustrates the power of words to radically change your message and your effect upon the world...moga ada sesuatu yang kita dapat disebalik kisah dalam video ini..=)


video

~PENGORBANAN SEORANG IBU~




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Imam Az-Zahabi r.h di dalam kitabnya al-Kabaair telah menulis sebuah puisi tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya :



1. Ibumu telah mengandungmu di dalam perutnya selama sembilan bulan seolah-olah sembilan
tahun,

2. Dia bersusah payah ketika melahirkanmu yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya,


3. Dia telah menyusuimu, dan dia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamu,


4. Dia cuci kotoranmu dengan tangan kirinya, dia utamakan dirimu ke atas dirinya serta atas
makanannya,


5. Dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu,


6. Dia telah memberimu semua kebaikan dan apabila kamu sakit atau mengeluh tampak
darinya kesusahan yang luar biasa dan panjang sekali kesedihannya dan dia keluarkan harta
untuk membayar doktor yang mengubatimu,


7. Seandainya dipilih antara kehidupanmu dengan kematiannya dia akan meminta supaya
kamu hidup! dengan suaranya yang paling keras.


8. Betapa banyak kebaikan ibu, sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik,


9. Dia selalu mendoakanmu dengan taufik, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan,


10. Tatkala ibumu memerlukanmu disaat dia sudah tua renta, engkau jadikan dia sebagai
barang yang tidak berharga disisimu,




11. Engkau kenyang dalam keadaan dia lapar,


12. Engkau puas dalam keadaan dia haus,


13. Engkau mendahulukan berbuat baik kepada isteri dan anakmu daripada ibumu,


14. Engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia perbuat,


15. Berat rasanya atasmu memeliharanya padahal itu adalah urusan yang mudah,


16. Engkau kira ibumu ada disisimu umurnya panjang, padahal umurnya pendek.


17. Engkau tinggalkan padahal dia tidak punya penolong selainmu

--------------------------------------------------------------------


Abu Hurairah r.a berkata:


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”



------------------------------------------------------------------------


Seorang sahabat bernama Jahimah datang menemui Rasulullah S.A.W meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab: “Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:


“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”


----------------------------------------------------------------


Allah Taala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya didalam al-Quran untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah :-


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman:14]


Dan Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

[al-Ahqaf:15]