Thursday, May 6, 2010

JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA SELAGI MASIH ADA RUANG..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


pernah atau tidak anda berasa kesal atas sesuatu perkara yang telah berlalu??
suatu perkara yang anda rasa boleh diselesaikan dengan cara yang lebih elok tetapi malangnya disebabkan oleh situasi anda ketika itu,anda membuat keputusan yang akhirnya menyebabkan diri anda sendiri terseksa...

dan seterusnya membuatkan jiwa anda bagaikan dihimpit suatu perasaan yang sukar untuk diluahkan mahupun digambarkan kepada orang lain..hanya yang melaluinya sahaja yang tahu...
dan situasi ini meninggalkan anda tersangkut dengan
1001 KALAU...anda pun mengeluh dan bermonolog sendirian "kalaulah aku boleh putarkan kembali masa,akan aku pulihkan semula segala kesilapan aku itu" dan ada juga yang mungkin mengharapkan dirinya diberi peluang buat kali kedua untuk memperbaiki apa yang telah berlaku...

ketika terbitnya perasaan sebegitu, maka ingatkanlah diri anda akan pesanan Rasulullah S.A.W:-

hadithkalaukalau

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]


sememangnya saya akui bukan senang untuk redha dengan setiap musibah yang menimpa diri kita terutamanya seperti diriku yang mempunyai iman senipis kulit bawang...hanya mulut yang mudah untuk mengungkapkan bahawa kita redha dengan apa yang menimpa diri..tetapi untuk memujuk seluruh jiwa kita supaya redha akan ketentuanNya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan..

buat mereka yang merasakan,masih ada ruang untuk menjernihkan kembali suasana yang sudah menjadi keruh..maka berusahalah dengan sebaik-baiknya dan kemudian bertawakal lah kepada Allah..sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa kehendakmu dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirimu..kita hanya mampu berikhtiar, yang selebihnya serahkanlah kepadaNya, dan jangan lupa yakinkan hatimu, bahawa DIA pasti kabulkan doamu… DIA pasti memberi yang terbaik buatmu..bersangka baiklah denga Penciptamu..usah mudah berputus asa selagi masih wujudnya ruang dalam memperbaiki keadaan...walau bagaimanapun keadaannya, jagalah adabmu..Moga saya dan anda sentiasa diberikan kekuatan dalam mengharungi situasi sebegini..Amin Ya Rabb..

"Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami hamba yang paling bersyukur,serta hamba yang paling bersabar serta jadikanlah diri kami kecil pada pandangan kami dan besar pada pandangan orang lain"

Sentiasalah berfikiran positif,percayalah anda tidak akan pernah berakhir dengan kecewa.^_^

~Ubahlah mentalitimu,perbaikilah persepsimu dan tingkatkanlah thaqafahmu..~

No comments:

Post a Comment