Friday, June 18, 2010

~FATRAH IMTIHAN~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t...

masih tidak mempunyai sebarang kata-kata yang hendak dicoretkan atau nak dikongsikan..kepada sahabat-sahabatku di Malaysia sana, saya disini masih dalam fatrah imtihan dan fatrah imtihan ini bakal tamat pada 13/7/2010..insyaAllah..

serba sedikit makluman jadual imtihan kami..:-

WRITTEN

12/6 - PHYSIOLOGY
17/6 - HISTOLOGY

26/6 - ANATOMY
3/7 -BIOCHEMISTRY

6/7- PSYCHOLOGY


ORAL

7/7 -PHYSIOLOGY
9/7 -HISTOLOGY
12/7 -ANATOMY
13/7 -BIOCHEMISTRY


until my next post, saya tinggalkan anda dengan video yang saya kira cukup bermanfaat isinya..sama-samalah kita bermuhasabah dan memperingati diri..terutama buat kita yang hidup di akhir zaman ini.

( THE MORE YOU BECOME DESENSITISED, THE MORE WE BECOME
SPIRITUALLY BANKRUPT)



p/s:- doakan supaya segalanya dipermudahkan buat kami disini..sungguh tidak sabar hendak pulang bercuti di tanah air tercinta..Rabbuna Yusahil..





~KISAH WANITA BERPURDAH~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila,sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu disebalik purdah hitam, sambil wanita itu – adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah-olah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidakdapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah
wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.

Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada ditempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siumanseperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasadijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut danmengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul
bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah
yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

~ " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.~

p/s : kisah ini hanya sekadar perkongsian .. hayatilah bersama dan ambillah iktibar.. ^_^

Thursday, June 17, 2010

~Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita.

Di ketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.

Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).

Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :

  • ketika sedang minum arak,
  • hadiri parti penuh maksiat,
  • hadiri majlis dosa,
  • sedang berpelukan lelaki wanita
  • atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملتالبارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi kita,hanya antara kita dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.

Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول : أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأى في نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.

KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Sekian

SUMBER:-

Zaharuddin Abd Rahman

sama-sama bermuhasabah..mungkin tidak pernah terpikir sebelum ini..moga ada manfaat buat semua..insyaAllah..

p/s:-maaf andai post ini nampak agak panjang dan serabut,saya sudah 'bold'kan isi-isi penting tanpa meringkaskan artikel ini, untuk mengelakkan berlaku sebarang khilaf dikalangan sahabat..


Tuesday, June 1, 2010

ADAKAH ANDA TAHU APAKAH NAMA BANDAR INI??

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم










Semua di atas adalah gambar sebenar Bandar Gaza !!!!!!!!!!!!

Percayalah...


*Gambar kiriman En Azri dari iPerintis KLCC

Tetapi ia hanya tinggal kenangan. Hakikatnya inilah Bandar Gaza sekarang setelah dibedil oleh Israel.



Ya Tuhan,
Engkau bukakanlah hati pemerintah liga dan negara-negara Arab yang dahulunya pernah memegang kuasa empayar Islam yang sebenar supaya bersatu kembali menentang Israel laknatullah….

Ayuh kawan..sama-samalah memboikot segala produk keluaran Israel..terutamanya barangan yang sememangnya kita mampu elakkan daripada menjadi penggunanya..contoh yang paling mudah adalah KFC,MCD,PIZZA HUT..


~::: "Tidak akan hilang satu golongan dari umatku
yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan
oleh orang-orang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka
sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT".Sahabat bertanya kepada
Baginda SAW: " Siapakah mereka Wahai Rasulullah? Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis ::::~