Monday, January 24, 2011

~ATASI KEPENATAN IKUT CARA ISLAM~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu alaihi wassalam kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah sallahu alaihi wassalam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda sallahu alaihi wassalam pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda sallahu alaihi wassalam berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."


Inilah penawar ringkas yang Nabi sallahu alaihi wassalam ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah sallahu alaihi wassalam ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Tips ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah ia mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman...SELAMAT BERAMAL..^_^

Sunday, January 23, 2011

~Amalan manakah yang Allah terima?~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas-petugas majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata "Tuan, biarkan saja kami yang melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi".

Dengan senyum beliau menjawab,


"Tidak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yang Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi-kerusi ini" ~as-Syahid Imam Hasan al-Banna~


"Dan katakanlah,bekerjalah kamu,maka Allah akan menyaksikan pekerjaanmu,begitu juga rasulNya dan orang-orang mukmin....dan kamu akan dikembalikan kpd Allah yg mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kpd kamu akan apa yg telah kamu kerjakan" ~(AT-TAUBAH:105)


maka lakukanlah sesuatu hal dengan ikhlas..renung-renungkan dan selamat beramal..^_^

Wednesday, January 12, 2011

~KELEBIHAN MELAWAT PESAKIT & KELEBIHAN JATUH SAKIT~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Kelebihan melawat pesakit :-

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang menziarahi pesakit , maka berjalanlah beliau di taman-taman syurga, apabila dia duduk di sisinya, berkekalan beliau berada dalam rahmat Allah, apabila dia keluar dari tempat pesakit, diwakilkan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat untuk memohon keampunan pada hari tersebut”


Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

1. Mendo’akan si sakit agar lekas sembuh.

2. Memberi nasihat agar bersabar dan tabah.

3. Menyampaikan ucapan yg baik yg dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Cth ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

4. Pendekkan waktu ziarah

5. Menjarangkan waktu ziarah agar tidak menyulitkan si sakit (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

6. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam.

Wallahua’lam….Semoga dapat amal dan sampaikan.


Sabda Rasulullah s.a.w: “Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, ‘Lihatlah kalian, apa kata hambaKu.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, “Aku berjanji untuk hambaKu. Jika aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan aku hapuskan pula keburukannya”.

(Dipetik daripada Kitab Mukashafah Al Qulub-Imam Al Ghazali)


~Semoga cepat sembuh buat sahabat-sahabat diluar sana..terutamanya buat warga Mansoura..~

Peperiksaan tak lama lagi..8 hari lagi..mohon doanya..~




Saturday, January 8, 2011

~10 PEMBASUH DOSA & PENAWAR HATI~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu'
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat."

- Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi-

N.B:-

(1) Qana’ah :-menerima cukup atau sentiasa berasa cukup.

(2) Tawaddhu' :-
kerendahan hati
,

(3) Taqwa :-Menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan

perkara yang dilarang olehNya.

(4) Mahabbah :- Kasih sayang,