Saturday, March 17, 2012

~PENGHAPUS KENIKMATAN~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, diri terpilih dan diberi kesempatan olehNya untuk mengikuti Kursus Pengurusan
Jenazah baru-baru ini.

Sebelum ini hanya pernah belajar teorinya saja semasa di Tingkatan 3
serta pernah turut serta melaksanakan sembahyang jenazah ghaib buat kali pertama semasa diri ini di Tahun 1 bidang Perubatan.

dan alhamdulillah kali ini mendapat pendedahan lengkap dari proses awal 'kematian' sehinggalah kepada proses mengebumikan jenazah..

_________________________________________________



Sejak pulang dari kursus Pengurusan Jenazah tempoh hari, diri ini agak cemburu akan insan-insan yang dipilih olehNya untuk syahid.

Bukan calang-calang orang yang akan terpilih untuk memenuhi darjat tertinggi disisi Allah itu hanya mereka yang bersungguh-sungguh dalam meraih darjat tersebut akan 'menemuinya'

bukannya buat mereka yang sekadar memasang cita-cita mati fisabilillah! :(

Kebiasaannya, insan-insan yang terpilih ini sudah 'diketahui' bahawa 'status kematiannya' melalui cara hidupnya sebelum syahid lagi..

Sungguh bertuah mereka yang terpilih,
masakan tidak,
mereka tidak dianggap mati disisi ALLAH!





"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh dalam

perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati;

bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa),

tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". (AL-BAQARAH:154)
______________________________________________________


Kematian pesakit akan menjadi suatu perkara yang boleh dilihat/didengari hari-hari dalam
kehidupan seorang pengamal perubatan,
Mudah-mudahan ia akan menjadi suatu peringatan buat diri
dan moga dijauhkan dari menjadi 'lali'/desensitized bilamana kerap kali
mendengar/berhadapan dengannya! Nauzubillahi min zalik...

Sungguh, mengingati mati itu sebaik-baik pemberi ingatan dan perosak kelazatan.


Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan selepas mati???

~Fikirlah walau sejenak~