Wednesday, May 4, 2011

~QADHA’ & QADAR~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


NASIHAT GURU KEPADA MURIDNYA TENTANG QADHA’ & QADAR

Pernah suatu ketika seorang murid menghadap gurunya lalu berkata:

“Wahai guru, kamu seringkali menyampaikan kepadaku tentang masalah yang sangat menarik hatiku sehingga ingin sekali aku menanyakannya kepada guru,

Mengapakah Allah SWT mentaqdirkan hidayah dan kesesatan??

Mengapa tidak hidayah saja??

Mengapa Allah SWT mentaqdirkan kepada suatu kaum berupa kebahagiaan sedangkan kaum yang lainnya ditaqdirkan sengsara??

Mengapa tidak kebahagiaan sahaja??

Mengapa ada syurga dan neraka, bukan hanya syurga??

Apa dosa yang ditaqdirkan untuk tersesat dan kesengsaraan??”
______________________________________________
____________

Jawab si guru:
“Sesungguhnya pembahasan masalah ini erat sekali kaitannya antara Khaliq dan makhluk.

Yang pertama kita mulakan dengan masalah yang berkaitan dengan makhluk.

Masalah ini sesungguhnya erat sekali hubungannya dengan kita sendiri dan lebih dekat dengan indera kita.

Menurut hemat saya, manusia itu mempunyai akal.

Dengan akal itu juga timbulnya taklif(pembebanan hukum), beerti seseorang yang berakal adalah mukallaf(yang dibebani hukum).

Oleh kerana itu, tidak ada taklif bagi anak kecil dan orang gila.

“Di sisi lain, manusia itu mempunyai kebebasan.

Ini tidak boleh disangkal oleh orang yang berakal.

Dia berdiri, didik, bahkan pergi dan datang kerana kebebasannya.

Dia boleh berbuat taat kalau kamu mahu, dan boleh juga bebas melakukan kemaksiatan jika mahu.

Dengan demikian, dia tidak boleh berdalih hanya kerana takdir.”

“Jika dia tetap berdalih pada takdir, sementara potensi dirinya diketepikan,
cuba kita pukul saja dia atau disakiti, atau kita lecehkan harga dirinya, maka bagaimana reaksinya??

Atau kita katakan saja padanya, bahawa aku melakukan ini kerana takdir.

Aku tidak boleh menolak terhadap sesuatu yang telah ditentukan kepadaku sebagaimana yang kamu katakan itu.

Mengapa kamu membela dirimu dalam berbuat maksiat kepada Allah dengan alasan takdir,sementara yang lain tidak kamu bela??

Jika dia tidak memaafkan kita, hujahnya jelas kalah.”

“Jika kita menyuruh kepada orang itu supaya taat, sedang dia menjawab:

“Ya, aku akan taat jika Allah berkenan memberi petunjuk.”

Maka katakan saja kepadanya: “Sesungguhnya masalah petunjuk itu identik dengan rezeki.

Allah SWT Maha Pemberi rezeki sebagaimana Allah Maha pemberi petunjuk.

Jika kamu menunggu petunjuk dari Allah tanpa ada usaha sama sekali, maka cuba kamu menunggu rezeki tanpa ada ikhtiar, atau duduk saja di rumahmu, tutuplah pintumu sehingga rezeki yang kamu tunggu itu datang sendiri kepadamu!”

“Orang itu pasti akan menolak. Dia akan mengatakan “Tentu saja kita harus berusaha dan berikhtiar mencari rezeki!”

Dengan pengakuannya itu, hujahnya itu lemah dan dapat dikalahkan.”

Kita berkata lagi kepadanya:

“Kamu bersandar kepada takdir dan mengatakan bahawa segala sesuatu itu berlaku berdasarkan titah qadha’ dan qadar. Ini memang boleh dibenarkan.

Namun cubalah api ini kamu pegang dengan tanganmu, maka jika ditakdirkan membakar, tentu api itu akan tetap membakar.”

Jika dia menolak, maka kalah juga hujahnya.

Katakan pula kepadanya, “Sesungguhnya, manusia akan menghindari segala sesuatu yang tidak disukai.

Misalnya akan terlanggar kereta, maka dia akan segera mengangkat kedua tangannya, meskipun kedua tangannya itu sebenarnya tidak mampu untuk menghalangnya.

Begitu juga orang yang akan tenggelam, dia akan melambai-lambaikan tangannya agar selamat dari tenggelam, meskipun dengan lambaian tangannya itu tidak akan menjamin keselamatannya.”

Jika demikian, mengapa orang yang berakal tidak berusaha menghindarkan dirinya dari kesengsaraan di akhirat dengan kemampuan dan kebebasan yang telah diberikan kepadanya?????


SUMBER:-
BUKU:-50 PESANAN RASULULLAH S.A.W BUAT MUSLIMAH

No comments:

Post a Comment