Tuesday, December 25, 2012

~KRITIK MENGKRITIK~



بسم الله الرمن الرهيم




Lets ponder this word:-

"Talking about people with ill intent shows a defective imagination and lack of passion in your own life. If you persistently nibble on how people conduct their lives, you're wasting away the time you need to tend to the upgrowth of your own soul." — Dodinsky

Pernahkah anda berhadapan dengan segolongan insan seperti ini??

Kadangkala diri tertanya-tanya juga apa tujuan hanya sekadar mengkritik?

Apatah lagi jika kritikan yang diberi itu bukannya kritikan membina malah membantutkan semangat orang lain??

Tidakkah sayang?? tidakkah rugi??

Alangkah baiknya jika kritikan itu ditukar kepada tindakan?

Mereka yang lebih mahir dan berpengalaman tunjuk ajar pada mereka yang masih baru dalam sesuatu perkara/ilmu?

Bukan setakat kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama malah tanpa kita sedar kita sudah 'menyediakan' pelapis untuk melaksanakan kerja tersebut dan memperoleh pahala berterusan dalam mengajar ilmu bermanfaat pada orang lain. inshaAllah :)

Berakhlaklah dengan akhlak seorang Muslim. Bukankah itu yang diajarkan oleh Nabi kita?? :)

Ayuh, marilah bersama menjadi umat yang tidak jemu berkongsi dan memberi tunjuk ajar pada insan-insan disekeliling kita.

Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi??

Berhentilah menilai dan memperlekehkan orang. Jangan disebabkan oleh sikap kita, menyebabkan mereka yang hendak mencuba berhenti !






Jadilah kita orang yang menyebarkan KEGEMBIRAAN
BUKAN KESEMPITAN.
MUDAHKANLAH urusan dan JANGAN disusahkan!

p/s:- peringatan buat diriku jua~





No comments:

Post a Comment