Tuesday, May 4, 2010

TERGESA-GESA @ TERBURU-BURU???


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Tiba-tiba saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu disini tentang suatu sikap yang setiap manusia tidak akan lari daripadanya...

cuba teka tentang apa yang saya nak ulaskan?? hehe

nak cakap tentang sikap
tergesa-gesa atau terburu-buru...
ada yang mengaku tak, yang dia tidak pernah ada sikap ini??

ALLAH iaitu pencipta diri saya dan anda telah berfirman di dalam kitab yang menjadi pegangan dan rujukan dalam hidup kita:-

~Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa (Al-Isra’ 11)~

jadi apa yang saya nak sampaikan dan mengingatkan diri saya adalah..
semua orang tidak akan lari dari sikap ini..yang penting, sama-samalah kita bersedia dengan bersikap lebih matang dalam menghadapi sikap ini terutama apabila hendak membuat sebarang keputusan mahupun sebarang tindakan (
terutama buat diriku)...

ingatlah, sikap terburu-buru memberi kesan negatif kepada kehidupan anda!!!
saya ingin mengingatkan semua kawan-kawan saya...
tidak guna kita menyesal di kemudian hari setelah kita mengiktiraf 'tergesa-gesa' sebagai pendamping kita sewaktu hendak mempertimbangkan atau mengambil sebarang keputusan...
bak kata orang putih..
~'there is no use crying over a split milk'~

jadi, anda dan saya diingatkan supaya tenangkan diri dan fikiran ketika berhadapan dengan masalah..memang diakui bukan senang nak tenangkan diri..nak atau tak nak..kena juga tenangkan diri..sebab apa???

ketika serabut fikiran dan jiwa seseorang, percayalah..kesemua keputusan yang bakal diputuskan anda, di kawal oleh emosi dan tidak lupa juga 'di tambah perisa' oleh musuh yang nyata bagi setiap anak Adam iaitu syaitan...

kenalilah diri anda terlebih dahulu..supaya senang kita hendak berhadapan dengan konflik diri tika berdepan dengan masalah...setiap orang ada cara-cara tersendiri untuk menenangkan fikiran..

ada yang menunaikan solat sunat beberapa rakaat, ada yang membaca Al-Quran atau mendengar bacaan mana-mana syeikh kesukaannya, ada yang suka mendengar lagu kesukaannya, ada yang mengambil keputusan untuk masuk beradu bagi melupakan seketika masalah yang menyesakkan fikirannya..maka terpulanglah kepada anda untuk mengawal emosi tersebut...

janganlah tergesa-gesa dalam menghukum manusia..berilah peluang kepada mereka dahulu jika dia ada melakukan sebarang kesilapan..tidak kira siapapun dia..ingatlah..everybody deserve a chance...tiada sesiapa pun yang tidak pernah melakukan kesalahan..jangan dikemudian hari engkau menyesal atas sikap terburu-buru dahulu kala...

ini serba sedikit adab-adab apabila wujudnya perbezaan pendapat atau yang berkaitan dengannya:-

(1) cuba sedaya upaya untuk berbincang tentang perkara demikian sebelum menuduh mereka
dengan tuduhan tertentu kerana kemungkinan tuduhan kita adalah salah atau mungkin juga kita terpedaya dengan kata-kata orang lain.-kepada pihak yang dituduh pula..janganlah mendiamkan diri..lebih baik anda cuba menerangkan dan berkerjasama dengan pihak
yang
menuduh anda supaya masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan sebaiknya..

kepada diriku..belajarlah dari kesilapanmu dahulu..dan yakinlah setiap ujian yang melanda dirimu adalah tarbiyah daripada Allah..jangan biarkan dirimu mengulangi kesalahan yang sama andai ditakdirkan berhadapan dengan masalah yang sama suatu hari nanti!

~:::~Imam Ali bin Abi Thalib berkata: "Jadilah engkau sebagai sumber kebaikan dan maafkan kesalahan orang lain, kerana kamu melihat dan mendengar sendiri apa yang kamu perbuat.~:::~




No comments:

Post a Comment