
Imam Syafie memberi wasiat: Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut:
1) Hak kepada DIRI;
mengurangkan tidur,makan,percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.
2 Hak kepada MALAIKAT MAUT;
mengqadhakan kewajipan-kewajipan yg tertinggal,mendapatkan kemaafan daripada orang yg dizalimi,membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.
3) Hak kepada KUBUR
membuang tabiat suka menabur-nabur fitnah,kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yg dizalimi.
4) Hak kepada MUNKAR NANKIR;
tidak berdusta,meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5) Hak kepada MIZAN;
menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6) Hak kepada TITIAN SIRAT;
membuang tabiat suka mengumpat,wara',suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7) Hak kepada MALIK;
banyak menangis kerana takut kepada azab Allah,berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah ketika terang dan sembunyi dan memperelok akhlak.
8) Hak kepada RIDHWAN;
redha terhadap takdir Allah,bersabar menerima bala,bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
9) Hak kepada RASULULLAH S.A.W.;
sahabat, dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
10) Hak kepada ALLAH;
mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah manusia daripada kemungkaran,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
p/s:- sedarlah duhai diri....janganlah biarkan dirimu terhanyut dibawa oleh arus duniawi yang melekakan!!! cukup-cukuplah...!
No comments:
Post a Comment