Friday, March 18, 2011

~Muhammad Ali's Life Lessons~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Kejadian berikut berlaku apabila puteri Muhammad Ali pulang ke rumah dengan berpakaian yang kurang sopan. Berikut adalah cerita yang diberitahu oleh salah seorang anaknya:

Apabila akhirnya kami sampai dirumah ayah dengan di bantu oleh pemandu menghantar saya dan adik bongsu saya Laila. Seperti kebiasaan ayah akan bersembunyi di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami akan berpelukan dan menukar-nukar ciuman dengan ayah semesranya seakan kami tidak berpeluang lagi.

Ayah memandang kami dengan penuh makna. Kemudian ia menyuruhku duduk di pangkuannya dan berkata sesuatu yang tidak pernah kulupakan. Ayah memandang mata kami dengan penuh pergertian dan berkata:

“Hana, setiap ciptaan Tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Dimana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”

Ayah merenung tajam ke arah mata kami dengan berkata serius.

“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

Monday, January 24, 2011

~ATASI KEPENATAN IKUT CARA ISLAM~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu alaihi wassalam kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah sallahu alaihi wassalam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda sallahu alaihi wassalam pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda sallahu alaihi wassalam berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."


Inilah penawar ringkas yang Nabi sallahu alaihi wassalam ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah sallahu alaihi wassalam ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Tips ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah ia mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman...SELAMAT BERAMAL..^_^

Sunday, January 23, 2011

~Amalan manakah yang Allah terima?~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas-petugas majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata "Tuan, biarkan saja kami yang melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi".

Dengan senyum beliau menjawab,


"Tidak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yang Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi-kerusi ini" ~as-Syahid Imam Hasan al-Banna~


"Dan katakanlah,bekerjalah kamu,maka Allah akan menyaksikan pekerjaanmu,begitu juga rasulNya dan orang-orang mukmin....dan kamu akan dikembalikan kpd Allah yg mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kpd kamu akan apa yg telah kamu kerjakan" ~(AT-TAUBAH:105)


maka lakukanlah sesuatu hal dengan ikhlas..renung-renungkan dan selamat beramal..^_^

Wednesday, January 12, 2011

~KELEBIHAN MELAWAT PESAKIT & KELEBIHAN JATUH SAKIT~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Kelebihan melawat pesakit :-

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang menziarahi pesakit , maka berjalanlah beliau di taman-taman syurga, apabila dia duduk di sisinya, berkekalan beliau berada dalam rahmat Allah, apabila dia keluar dari tempat pesakit, diwakilkan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat untuk memohon keampunan pada hari tersebut”


Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

1. Mendo’akan si sakit agar lekas sembuh.

2. Memberi nasihat agar bersabar dan tabah.

3. Menyampaikan ucapan yg baik yg dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Cth ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

4. Pendekkan waktu ziarah

5. Menjarangkan waktu ziarah agar tidak menyulitkan si sakit (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

6. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam.

Wallahua’lam….Semoga dapat amal dan sampaikan.


Sabda Rasulullah s.a.w: “Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, ‘Lihatlah kalian, apa kata hambaKu.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, “Aku berjanji untuk hambaKu. Jika aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan aku hapuskan pula keburukannya”.

(Dipetik daripada Kitab Mukashafah Al Qulub-Imam Al Ghazali)


~Semoga cepat sembuh buat sahabat-sahabat diluar sana..terutamanya buat warga Mansoura..~

Peperiksaan tak lama lagi..8 hari lagi..mohon doanya..~




Saturday, January 8, 2011

~10 PEMBASUH DOSA & PENAWAR HATI~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu'
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat."

- Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi-

N.B:-

(1) Qana’ah :-menerima cukup atau sentiasa berasa cukup.

(2) Tawaddhu' :-
kerendahan hati
,

(3) Taqwa :-Menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan

perkara yang dilarang olehNya.

(4) Mahabbah :- Kasih sayang,

Sunday, December 26, 2010

~DUNIA YANG HINA~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Sebenarnya kehidupan di dunia ini adalah kehidupan sementara yang teramat pendek waktunya.

Adapun kenikmatan di dunia ini pastilah sirna,apakah kita meninggalkan dunia ini ataukah kenikmatan itu yg meninggalkan kita???

Segala sesuatunya di dunia ini tidak ada yg abadi,sesungguhnya dunia ini merupakan jalan untuk menuju kehidupan yang abadi ( akhirat ).


Dan sebagai mana telah di firmankan oleh Allah swt,bahawa kesenangan dalam kehidupan ini tidak lain adalah kesenangan yang menipu dan sementara.

~Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda:- "Bukankah dunia itu dilaknati. Apa yang ada padanya dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya; dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu"~ (Riwayat al-Tirmizi)

" KADANGKALA kita sering mencari sedangkan kekeliruan telahpun terjawab ; kadangkala kita berlari sedangkan realiti sudah pasti ; kadangkala kita memikirkan sebuah kehidupan sedangkan alam kekal kita abaikan tanyalah pada diri, NYATAKAH KITA BERDIRI ?"


Sunday, December 19, 2010

~TAWAKKAL'alALLAH~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


~Make Me Strong ~

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf


~Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai~

Pohonlah kekuatan dari Rabbmu..tiada siapa yang mampu menguatkan jiwamu melainkan Dia Yang Maha Berkuasa...