
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
Ya Allah, sediakan umat ini dengan para pemuda yang berani dan tegas, tinggi daya juang, pengorbanan dan jihad yang tinggi sebagaimana orang-orang terdahulu dari kami.
Melihat cabaran kehidupan yang semakin menggila, ketempangan akidah semakin membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam dari hari ke hari tidak pernah henti.
“Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya.
______________________________________________________________________
Begitu juga, dengan sejarah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW dakwah ini diwarnai oleh mereka dikalangan pemuda.
Tidak cukup dengan zaman tersebut, dunia Islam pernah dikejutkan dengan para pemuda yang teguh dan thabat dalam jalan dakwah.
Begitu juga, Revolusi Timur Tengah 2011 seperti Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yaman dan lain-lain semuanya tunduk ditangan pemuda.
Ayuh anak-anak muda, sedarilah masa muda ini sangat bermakna. Manfaatkan usia muda untuk Islam serta ummah.
____________________________________________________________________
Orang Yahudi dan musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan pemuda-pemuda Islam dekat dengan ilmu dan iman, mereka akan memisahkan diri pemuda dengan jihad sehingga menyebabkan pemuda Islam menjadi lemah dan kaku. Protokol Yahudi ada menyebut:-
“ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak disetiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”.
Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.
Perancangan musuh Islam tidak akan pernah sunyi, mereka akan bekerja siang dan malam untuk menghancurkan iman pemuda-pemuda Islam, kerana mereka percaya golongan pemudalah sebagai pemimpin sesebuah Negara pada masa akan datang.
Apakah yang perlu kita buat selaku mahasiswa Islam yang belajar di Ardhul Kinanah?
1) Sentiasa melazimi usrah/muzakarah berkelompok setiap minggu.
2) Solat berjemaah di masjid.
3) Mewujudkan biah yang solehah di kalangan kita.
4) Membaca buku-buku fikrah dan pembinaan diri.
5) Sentiasa cakna dengan isu umat Islam, mengetahui sejarah jatuh bangunnya Islam, dan serangan pemikiran terhadap umat Islam.
6) Sentiasa mengikuti program-program tarbiyah dan pembinaan diri.
7) Menyibukkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kerja-kerja Islam.
Apa yang disebut diatas ini adalah sedikit sahaja yang perlu dilakukan, selebihnya terpulanglah pada anda selaku anak muda yang mengaku sayang pada Islam.
Penulis,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
(Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM)
Disediakan oleh,
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM
Sumber : Unit Biah Solehah