Tuesday, May 31, 2011

PUTUS ASA~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Putus asa bukanlah sebuah pilihan dalam kehidupan seorang yang beriman.

Yaakub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."

Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".
(Yusuf: 86-87)


Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan ini?" Mereka menjawab: "Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa". Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat". (Al-Hijr: 54-56)


Teruslah berusaha, pantang putus asa, menyerah kalah, lemah, tetaplah optimis, dan iringinya dengan berdoa.


Do'a adalah senjata seorang mukmin dan tiang (pilar) agama serta cahaya langit dan bumi. (HR. Abu Ya'la)


Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (Al-Mu'min: 60)


Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya). (An-Naml: 62)


Ketika kesulitan dan masalah yang begitu sesak menghimpit dada, ketika jalan keluar bagaikan suatu hal yang mustahil maka kuatkanlah kesabaranmu (bersabar dalam erti terus berusaha dan menjaga diri dari melakukan perbuatan yang dilarang) dan yakinlah bahawa Tuhanmu, Allah SWT, adalah zat yang Maha Perkasa.

Sentiasalah libatkan Allah dalam kehidupan kita, dalam kesulitan, dan dalam kesyukuran, ketika kesukaran telah berganti kebahagiaan. Insya Allah.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-Insyiraah: 5-6)


Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. (Ath-Thalaaq: 4)

-------------------------------------------------------------------

Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya," Wahai anakku,dunia ini ibarat lautan yang dalam,ramai manusia yang tenggelam didalamnya.Jadikanlah taqwa sebagai bahteramu,iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya,semoga engkau beroleh kejayaan..."


"Jangan menuntut kepada Allah kerana terlambatnya permintaan yang telah engkau panjatkan kepadaNya. Namun, hendaknya engkau menghitung diri. Tuntut dirimu supaya tidak terlambat melaksanakan kewajipan-kewajipanmu kepada Allah SWT." (Ibnu Athailah)


"Allahumma Nawwir Qulubana Bi-Nuri Hidayatika Kama Nawwartal Arda Bi-Nuri Syamsika Abadan, Abadan, Abadan, Birohmatika Ya Arhamar Rahimin"

[Ya Allah, Pancarkanlah Cahaya Kepada Hati Kami, Dengan Cahaya Hidayahmu Sebagaimana Engkau Cahayai Bumi Dengan Mataharimu Selamanya,. Selamanya,. Selamanya,, Berkat Kasih Sayangmu Wahai

Dzat Yang Sebaik-Baik Melimpahkan Cinta Kasih Sayang..]

P/S:-EXAM FEVER-MAY BRING US CLOSER TO ALLAH~

Wednesday, May 4, 2011

~QADHA’ & QADAR~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


NASIHAT GURU KEPADA MURIDNYA TENTANG QADHA’ & QADAR

Pernah suatu ketika seorang murid menghadap gurunya lalu berkata:

“Wahai guru, kamu seringkali menyampaikan kepadaku tentang masalah yang sangat menarik hatiku sehingga ingin sekali aku menanyakannya kepada guru,

Mengapakah Allah SWT mentaqdirkan hidayah dan kesesatan??

Mengapa tidak hidayah saja??

Mengapa Allah SWT mentaqdirkan kepada suatu kaum berupa kebahagiaan sedangkan kaum yang lainnya ditaqdirkan sengsara??

Mengapa tidak kebahagiaan sahaja??

Mengapa ada syurga dan neraka, bukan hanya syurga??

Apa dosa yang ditaqdirkan untuk tersesat dan kesengsaraan??”
______________________________________________
____________

Jawab si guru:
“Sesungguhnya pembahasan masalah ini erat sekali kaitannya antara Khaliq dan makhluk.

Yang pertama kita mulakan dengan masalah yang berkaitan dengan makhluk.

Masalah ini sesungguhnya erat sekali hubungannya dengan kita sendiri dan lebih dekat dengan indera kita.

Menurut hemat saya, manusia itu mempunyai akal.

Dengan akal itu juga timbulnya taklif(pembebanan hukum), beerti seseorang yang berakal adalah mukallaf(yang dibebani hukum).

Oleh kerana itu, tidak ada taklif bagi anak kecil dan orang gila.

“Di sisi lain, manusia itu mempunyai kebebasan.

Ini tidak boleh disangkal oleh orang yang berakal.

Dia berdiri, didik, bahkan pergi dan datang kerana kebebasannya.

Dia boleh berbuat taat kalau kamu mahu, dan boleh juga bebas melakukan kemaksiatan jika mahu.

Dengan demikian, dia tidak boleh berdalih hanya kerana takdir.”

“Jika dia tetap berdalih pada takdir, sementara potensi dirinya diketepikan,
cuba kita pukul saja dia atau disakiti, atau kita lecehkan harga dirinya, maka bagaimana reaksinya??

Atau kita katakan saja padanya, bahawa aku melakukan ini kerana takdir.

Aku tidak boleh menolak terhadap sesuatu yang telah ditentukan kepadaku sebagaimana yang kamu katakan itu.

Mengapa kamu membela dirimu dalam berbuat maksiat kepada Allah dengan alasan takdir,sementara yang lain tidak kamu bela??

Jika dia tidak memaafkan kita, hujahnya jelas kalah.”

“Jika kita menyuruh kepada orang itu supaya taat, sedang dia menjawab:

“Ya, aku akan taat jika Allah berkenan memberi petunjuk.”

Maka katakan saja kepadanya: “Sesungguhnya masalah petunjuk itu identik dengan rezeki.

Allah SWT Maha Pemberi rezeki sebagaimana Allah Maha pemberi petunjuk.

Jika kamu menunggu petunjuk dari Allah tanpa ada usaha sama sekali, maka cuba kamu menunggu rezeki tanpa ada ikhtiar, atau duduk saja di rumahmu, tutuplah pintumu sehingga rezeki yang kamu tunggu itu datang sendiri kepadamu!”

“Orang itu pasti akan menolak. Dia akan mengatakan “Tentu saja kita harus berusaha dan berikhtiar mencari rezeki!”

Dengan pengakuannya itu, hujahnya itu lemah dan dapat dikalahkan.”

Kita berkata lagi kepadanya:

“Kamu bersandar kepada takdir dan mengatakan bahawa segala sesuatu itu berlaku berdasarkan titah qadha’ dan qadar. Ini memang boleh dibenarkan.

Namun cubalah api ini kamu pegang dengan tanganmu, maka jika ditakdirkan membakar, tentu api itu akan tetap membakar.”

Jika dia menolak, maka kalah juga hujahnya.

Katakan pula kepadanya, “Sesungguhnya, manusia akan menghindari segala sesuatu yang tidak disukai.

Misalnya akan terlanggar kereta, maka dia akan segera mengangkat kedua tangannya, meskipun kedua tangannya itu sebenarnya tidak mampu untuk menghalangnya.

Begitu juga orang yang akan tenggelam, dia akan melambai-lambaikan tangannya agar selamat dari tenggelam, meskipun dengan lambaian tangannya itu tidak akan menjamin keselamatannya.”

Jika demikian, mengapa orang yang berakal tidak berusaha menghindarkan dirinya dari kesengsaraan di akhirat dengan kemampuan dan kebebasan yang telah diberikan kepadanya?????


SUMBER:-
BUKU:-50 PESANAN RASULULLAH S.A.W BUAT MUSLIMAH