Tuesday, November 30, 2010

~HAVE U EVER WONDERED?? SUBHANALLAH..~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


~Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur~insyaAllah
..

jom sama2 cuba mengamalkan konsep 3M :-

(1)Muroqabah: Sentiasa cuba merasakan kewujudan Allah
(2)Muhasabah
: evaluasi
(3)Mutabaah:Evaluasi berkesinambungan (kebiasaanya dalam ibadah)


di bawah ini adalah video bertajuk Benefit of saying 'ALLAH'..a nice explaination I guess..^_^


Monday, November 22, 2010

~JANGAN JADI 'PAK TURUT'~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Nabi mengingatkan kita "Janganlah kamu menjadi ‘pak turut' yang sering berkata : "Jika orang di sekelilingku baik nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim".

Tetapi hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, ...maka kamu tidak menjadi buruk dan zalim (seperti mereka).


~kadang-kadang agak susah hendak menyatakan pendirian kita pada orang lain, tambah-tambah pada mereka yang mudah membuat tafsiran tersendiri, lagi parah bila ada pihak yang setelah dia dengar pendapat kita,dikiaskan pula dengan ayat perlinya itu..berlapanglah..tafsirlah dengan mata hati..^_^~bukan senang hendak berkomunikasi dengan golongan seperti ini~tidak ditujukan pada sesiapa...jangan cuba kau kecilkan dunia yang luas ini...

~DISEBALIK UCAPAN SALAM~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....


baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.


Diterima melalui email daripada : Tiey_wawa

sumber -->http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-betul-memberi-salam.html

-----------------------------------------------------------------------

Wahai orang-orang yang beriman!

Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya,

sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata:

“Kami dengar”, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah,

ialah orang-orang yang pekak lagi bisu,

yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)

(Al-Anfal:20-22)

WALLAHU'ALAM

Thursday, November 18, 2010

~NAK JADI KELAPA ATAU MUTIARA?? PILIHLAH~

ATAU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Hawa....
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan

mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadi santapan kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. menjadi mutiara sukar di temukan namun bila di hias indah gadis perawan hilang ia... tangisan mengiringi berzaman..^_^

MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA???

Saturday, November 13, 2010

~ERTI SEBUAH KEGAGALAN~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Kita semua tentu pernah mengalami sebuah kegagalan dalam perjalanan hidup kita. Namun bagaimana kita menghadapi kegagalan itu? Bagaimana membuat sebuah kegagalan dalam hidup sebagai suatu yang indah?

Kegagalan atau gagal pasti selalu ada dalam diari kehidupan seluruh umat manusia. Baik seorang pemimpin negara hinggalah kepada anak kecil yang baru belajar sekalipun, pasti pernah mengecap pahitnya kegagalan. Tidak ada yang tak pernah merasakan hal ini, masalahnya adalah bagaimana kita menghadapi dan bersikap dalam menghadapi kegagalan itu.

Apakah kegagalan itu akan menjadi pelajaran untuk kita agar ianya tidak berulang kembali serta dapat menjadikan kita insan lebih baik lagi atau ianya akan menenggelamkan kita dalam jurang kepasrahan, keputusasaan dan ketidak mampuan dalam menghadapi hidup yang terus pantas meninggalkan kita?
Namun, bersyukurlah jikalau kita selama ini selalu mengecapi manisnya berjaya dalam hidup. Tapi jangan terlalu terlena dengan kejayaan, kerana jika kita tidak berhati-hati kita mungkin akan jatuh ke lembah kegagalan yang menyukarkan untuk kita menerimanya seumur hidup.

Sebuah kegagalan adalah suatu perjalanan yang harus kita lalui dan hadapi apabila kita ingin meneguk indahnya suatu kecemerlangan, dan kegagalan merupakan sebuah ujian pada kita agar kita dapat naik ke satu tingkat yang lebih maju dan lebih memahami erti daripada sebuah kecemerlangan yang sesungguhnya.

Jangan terlalu kecewa apabila kegagalan yang anda dapatkan, namun semestinya anda harus bersiap-siap kerana kejayaan yang anda inginkan akan segera menghampiri anda dengan penuh kebahagiaan, walaupun kedatangannya agak sedikit tertunda kerana anda dituntut untuk terlebih dahulu mempelajari sikap bagaimana bersabar dalam menerima kedatangan sebuah kejayaan yang anda inginkan selama ini. Dengan kedatangannya yang agak sedikit tertunda, anda akan menjadi lebih dewasa dan lebih menghargai erti sebuah kegagalan dan sebuah kejayaan yang sebenarnya.

Allah SWT memberikan kita waktu yang banyak agar kita dapat mempelajari setiap ujian-ujian yang dia berikan untuk kita, agar kita lebih kuat lagi dalam mengharungi kehidupan ini. Ujian yang datang pada kita itu bermacam-macam, ada ujian yang datang dengan yang mudah terlebih dahulu seterusnya agak sedikit berat, dan ada pula yang datang dengan yang sulit terlebih dahulu setelah selesai barulah di berikan ujian yang agak sedikit mudah.

Kesulitan ataupun kegagalan yang kita terima adalah sebuah hadiah yang indah dan terbaik untuk kita daripada Allah SWT walaupun dikemas secara tidak baik, namun apabila kita lebih cermat lagi dalam memandang sebuah ujian Allah SWT tersebut kita akan lebih mengerti bahawa sebenarnya Allah SWT sayang kepada kita dengan memberikan berbagai ujian dan dugaan agar kita lebih bijak lagi dalam menjalani kehidupan yang sangatlah singkat ini.

Kesabaran dalam menghadapi ujian hidup adalah merupakan kunci daripada sebuah kejayaan yang anda inginkan.





Apabila hari ini kita meraih sebuah kejayaan, ada dua keadaan yang akan kita alami. Pertama, melalui kejayaan ini, kita dapat merasakan hasil jerih payah dan kerja keras kita. Di samping itu, kita dapat mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah Swt atas kerja keras kita di jalan yang benar. Kedua, kita harus menyedari bahawa kejayaan ini merupakan kasih sayang Allah SWT dan pada saat yang sama, Allah SWT sedang menguji kita, apakah kita ini termasuk hamba yang bersyukur ataupun hamba yang kufur.

Sebaliknya, ketika kita mengalami sebuah kegagalan, juga ada dua keadaan yang akan kita hadapi. Pertama, kegagalan ini merupakan imbalan setimpal daripada pekerjaan buruk yang kita lakukan di dunia, atau merupakan akibat dari kurangnya upaya dan usaha kita. Kedua, kegagalan ini merupakan ujian Allah SWT untuk meningkatkan darjat kesempurnaan kita.

Kita mampu mengambil teladan dari kehidupan Nabi Ayyub. Beliau adalah Nabi yang tak melakukan perbuatan dosa, namun mendapatkan ujian dari Allah SWT berupa berbagai kegagalan, antara lain beliau menjadi jatuh miskin dan sakit. Namun, Nabi Ayyub tetap bersabar menghadapi ujian yang berat itu.

Kejayaan mahupun kegagalan sesungguhnya merupakan sebahagian dari proses ujian Allah SWT terhadap manusia. Berbahagialah orang yang selalu menjalin hubungan dengan Allah SWT dan menyatakan bahawa tidak ada sesuatu yang sia-sia atau percuma di dunia ini.

Janganlah kalian terlalu larut dalam kesedihan kerana kehilangannya kenikmatan, dan janganlah terlalu bahagia ketika mendapatkan kenikmatan. Sebab, adanya kenikmatan dan tidak adanya kenikmatan, keduanya adalah ujian Allah SWT untuk manusia. Akan tetapi hal yang penting dalam pandangan Islam, manusia dengan perbuatannya yang terpuji berupaya mencari keredhaan Allah SWT sehingga ia dapat menjalani kehidupan dengan kejayaan yang hakiki di akhirat kelak.
Ada tiga jenis orang di dunia ini,

Pertama,orang bodoh adalah orang yang tidak pernah belajar dari pengalaman kegagalan. Kedua,orang biasa adalah orang yang belajar dari pengalaman kegagalan sendiri. Ketiga,orang pintar adalah orang yang belajar dari kegagalan orang lain.

Pernahkah anda menghitung mahupun merenung sejenak segala kenikmatan yang telah diberikan oleh Rabbmu kepada dirimu??? Jika benar kita bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya..mengapa masih timbul rasa sedih dan sikap putus asa dikala Allah berikan sedikit kegagalan?? Usah pandang pada kejayaan orang lain jika ianya akan menyebabkan dirimu kufur terhadap nikmat yang diberikan olehNya..
Ingatlah! "Sangat sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur"-Saba' (34:13)

~BERSYUKURLAH~^_^


~SOLAT DI MASJID~



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali ia pergi pagi atau petang hari itu."


(Muttafaq'alaih)

Friday, November 12, 2010

ADAKAH MELILIT BENANG HITAM PADA KANAK-KANAK AMALAN SYIRIK??

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم



Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak- kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?


Jawapan

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat. Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud:

“Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang menggantung tangkal (tamimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajatnya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wad’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ):

Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua -tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya):

“Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a’lam.

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

_______

Dipetik dari kitab :

"Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan - Bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din".


_______

Info tambahan :

Peralatan yang digunakan semasa mencukur jambul bayi (terdapat benang hitam)

'Benang Tridatu' yang dipakai oleh penganut Hindu

Benang yang terdiri daripda tiga warna ini melambangkan 3 dewa yang esensial dalam agaama Hindu. Dewa Brahma (pencipta) dilambangkan dengan warna merah. Dewa Wisnu (pemelihara) selalu dilambangkan dengan warna hitam. Dewa Siwa (pelebur) yang dilambangkan dengan warna putih.

Ketiga-tiga dewa ini disebut sebagai Trimurti

_______

Sunat-sunat Kelahiran menurut Syarak

1. Melaungkan azan dan iqamah

Disunatkan melaungkan azan dan iqamah kepada bayi sebaik saja dilahirkan iaitu azan ke telinga kirinya dan iqamah ke telinga kanannya, sama ada bayi itu lelaki atau perempuan. Diriwayatkan dari Abi Rafi’ r.a. yang menceritakan;

رأيتُ رسولَ اللّه صلى اللّه عليه وسلم أذّن في أُذن الحسين بن عليّ حينَ ولدتهُ فاطمةُ

“Aku melihat Rasulullah s.a.w. melaungkan azan ke telinga Husain bin Ali r.a. ketika ia dilahirkan oleh Fatimah”.

(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Hakim dan Ahmad)

Husain bin Ali r.a. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فأذَّنَ في أُذُنِهِ اليُمْنَى، وأقامَ في أُذُنِهِ اليُسْرَى لَمْ تَضُرّهُ أُمُّ الصّبْيانِ

“Sesiapa dilahirkan untuknya anak, lalu ia melaungkan azan ke telinganya yang kanan dan melaungkan iqamah ke telinganya yang kiri, nescaya tidak akan berupaya memudaratkannya Ummu Shibyan (Ummu Shibyan ialah jin perempuan yang selalu mengganggu anak-anak).

(Riwayat Ibnu as-Sunni)

2. Memohon perlindungan Allah untuk anak yang baru dilahirkan

Di antara doa perlindung untuk anak-anak ialah yang berbunyi;

أُعِيذُكَ بِكَلِماتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطانٍ وَهامَّةٍ، وَمِنْ كُلّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Maksudnya: Aku memohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan dan binatang berbisa serta dari setiap sihir ‘ain (sihir dari pandangan mata) yang membawa kejahatan dan penyakit.

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan untuk kedua-dua cucunya iaitu Hasan dan Husin dengan membaca ….(doa di atas)….Baginda berkata; ‘Sesunggungnya bapa kita Ibrahim a.s. dulunya telah memohon perlindungan dengan (membaca) kalimah tersebut untuk Ismail dan Ishaq a.s.’.

(Riwayat Imam al-Bukhari, al-Hakim, Ibnu Majah, at-Tirmizi dan Abu Daud)

Ada di kalangan ulamak menggalakkan kita membaca ayat 36 dari Ali Imran ke telinga kanan bayi yang baru dilahirkan. Iaitu ayat yang berbunyi :

وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ“

…dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”. (Ali-Imran; 36)

2. Memberi nama kepada bayi

(Sila baca “Panduan memberi nama anak” dalam laman ini)

3. Melakukan Aqiqah

(Sila baca “Fiqh Aqiqah” dalam laman ini)

4. Mencukur rambut

Disunatkan mencukur kepala bayi -sama ada lelaki atau perempuan- pada hari ketujuh ia dilahirkan iaitu selepas dilakukan aqiqah. Kemudian disunatkan rambut yang dicukur itu ditimbang dan disedekah emas atau perak seberat rambut tersebut. Sunnah ini berdalilkan beberapa hadis yang telah pun disebutkan tadi.

Dan disunatkan melumurkan kepala bayi itu dengan Za’faran setelah dicukur dan dimakruhkan melumurnya dengan darah aqiqah kerana ia adalah perbuatan orang-orang jahiliyah. Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;

كان أهل الجاهلية يجعلون قطنة في دم العقيقة ويجعلونها على رأس المولود فأمرهم النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم أن يجعلوا مكان الدم خلوقاً

“Orang-orang pada zaman Jahiliyah (apabila menyembelih aqiqah) mereka mencelup kapas ke dalam darah binatang aqiqah dan meletakkannya (yakni melumurnya) ke kepala bayi yang lahir (setelah dicukur kepalanya). Lalu (selepas datangnya Islam) Nabi s.a.w. mengarahkan supaya mereka menggantikan darah itu dengan khaluq (yakni sejenis wangian/bauan campuran dari za’faran dan bahan-bahan wangian yang lain, warnanya merah bercampur putih).

(Riwayat Imam Ahmad)

5. Bertahnik

Disunatkan mentahnik bayi yang baru dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan dengan buah tamar. Tahnik (التحنيك) bermaksud; seseorang mengunyah/memamah buah tamar, lalu memasukkannya ke dalam mulut seorang bayi dengan menggosok-gosokkannya ke langit-langit bayi itu agar dikecap dan ditelan olehnya. Jika tidak terdapat buah tamar, bolehlah diganti dengan makanan lain yang manis. Abu Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan;

وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ

“Dilahirkan untukku seorang bayi, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w., lalu baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahnikkannya dengan sebiji tamar serta mendoakan untuknya keberkatan”.

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hendaklah yang mentahnik itu orang-orang yang terkenal baik dan soleh. Oleh yang demikian, sunat dibawa anak yang baru dilahirkan kepada orang-orang soleh dan bertakwa untuk ditahnik oleh mereka dan supaya mereka mendoakan keberkatan serta kebaikan untuknya. Jika tidak terdapat lelaki, bolehlah dibawa kepada perempuan yang soleh dan bertakwa.

6. Berkhitan

Al-Khitan (الختان) berasal dari kalimah Khatana (ختن) yang bermaksud “memotong”. Al-Khitan bagi lelaki ialah; memotong kulit yang menutupi kepala zakarnya supaya tidak berhimpun kekotoran di situ. Adapun bagi perempuan ialah; memotong sedikit kulit di bahagian paling atas farajnya (yakni yang berada di atas dari lubang masuk zakar) yang kelihatan seperti biji atau balung ayam.

Dalil disyari’atkan khitan ini, antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misaim”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Hukum Khitan

Dalam mazhab Syafi’ie, hukum berkhitan adalah wajib sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Disi mazhab Hanafi, berkhitan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan; ia hanya wajib ke atas lelaki sahaja. Adapu ke atas perempuan, hukumnya hanyalah sunat.

Waktu berkhitan

Waktu berkhitan tidak disyaratkan ketika kecil. Oleh itu harus berkhitan ketika dewasa. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhitankan anaknya pada hari ketujuh kelahirannya jika orang yang menjalankan khitan melihat anaknya itu mampu dan tidak sakit. Saidatina Aisyah r.a. menceritakan;

أنه صلى الله عليه وسلم ختن الحسن والحسين يوم السابع من ولادتهما

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

7. Mengucapkan tahniah sempena kelahiran

Disunatkan kita mengucapkan tahniah kepada seorang bapa yang baru dikurniakan anak oleh Allah. Adapun lafaz tahniah, sebaik-baiknya kita mengamalkan ucapan tahniah yang diajar oleh Saidina Husain r.a., iaitu;

باركَ اللّه لكَ في الموهوب لك، وشكرتَ الواهبَ، وبلغَ أشدَّه ورُزقت برّه.

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan yang maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezki kebaikannya”.

Dan bapa/penjaga yang menerima ucapan tahniah atas kelahiran bayinya itu disunatkan pula menjawab;

باركَ اللّه لك، وبارَك عليك، وجزاكَ اللّه خيراً، ورزقك اللّه مثلَه، أو أجزلَ اللّه ثوابَك

“Semoga Allah memberi keberkatan untuk kamu dan melimpahkan keberkatan ke atas kamu, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan, semoga Allah memberi rezeki kepadamu seumpamanya atau semoga Allah melimpahi pahalaNya kepadamu”.

Atau ucapan balas yang seumpamanya.

***والله أعلم بالصواب***

Dipetik daripada :

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Wednesday, November 10, 2010

HAVE U FULFILL YOUR OBLIGATIONS AS A MUSLIM??


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Sesiapa yang
memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka
sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang
menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya. Dan bila tidak berguna nasihat
secara sembunyi , maka minta tolonglah orang-orang yang baik untuk mencegahnya dari perbuatan maksiat. Maka jika tidak dikerjakan yang
demikian, pasti perbuatan maksiat itu akan menjalar dan bermaharajalela sehingga menghancurkan semua - Abu Dardaa' r.a


Berhati-hatilah ketika berkata-kata, jangan mudah mengkritik orang lain mahupun memandang rendah terhadap sesiapa.Ingatlah, belum tentu dengan amalan kita yang lebih banyak dari orang lain menjamin syurga di akhirat kelak. Sesungguhnya rahmat Allah itu sungguh besar, boleh jadi kita yang baik amalannya,mati dalam keadaan kufur(nauzubillahi min zalik), dan boleh jadi orang yang kurang elok amalannya diberikan hidayah oleh Allah untuk bertaubat dan mati dalam keimanan.Buat mereka yang mengaku dirinya sebagai seorang muslim,kalian mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menegakkan amar maa'ruf nahi mungkar. Sedarkah kita?? tepuk dada tanya iman..~

Instead of criticising on something,its much more better for us to take part and fix...ponder up your obligations as a muslim..wallahua'lam..renung-renungkanlah..


~ballighu anni walau ayah~