Friday, August 20, 2010

~DON'T UNDERESTIMATE THE POWER OF DU3~





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud:

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (HR Bukhari dan Muslim)


Sama-samalah perbanyakkan doa dan taubat di bulan yang penuh keberkatan ini...dan bukan bermakna hanya di bulan Ramadhan sahaja, tetapi biarlah kita sentiasa berdoa dan sentiasa bertaubat kepadaNya sepanjang hayat kita..


" never ever lose hope in Allah..pray, pray and keep praying..coz at the end of the day, only Him that matters anyway.."~Dr.Sarah Sofian~


setiap anak adam itu BERSALAH, dan sebaik-baik org yg bersalah adalah org yg sentiasa bertaubat dan kembali kpd Allah [riwayat at-tirmidzi]

~KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah S.A.W bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)"

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang. Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.



~SALAM RAMADHAN KAREEM buat semua pembaca dan kawan-kawan~ALLAHU AKRAM...~

Wednesday, August 18, 2010

~SEGUMPAL DARAH~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup manusia, agar kehidupan kita lebih teratur dan berada pada landasan yang benar. Kita perlu sentiasa menggilap hati kita agar ianya sentiasa bercahaya tanpa titik noda yang bertompok-tompok.

Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosakkan kehidupan seperti makanan yang haram, berhibur dengan cara yang keterlaluan dan melanggar syariat serta sifat-sifat tercela yang lain.

Sentiasa lah menjaga kebersihan hati kita dengan menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita daripada hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT.

Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita dan mudah-mudahan dengan hati yang bersih cahaya iman, ilmu dan ketakwaan itu dapat meresap dengan mudah..InsyaAllah..

~AMALAN BAIK ATAU JAHAT~



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.

Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

(Riwayat Muslim)



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Adapun manusia hidup di dunia ini adalah ibarat orang yang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di lautan, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga kelihatan. Maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga goloongan.

Golongan pertama: mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah berehat-rehat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan mereka.

Golongan kedua: mereka terpengaruh dengan kehidupan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi kerana terlambat, tempat duduk telah habis diduduki orang.

Adapun golongan ketiga inilah yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, juga tidak dihiraukan dan berbunyi kali ketiga, kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah golongan yang amat malang.

Apa yang dapat anda simpulkan dengan diri anda..?? (termasuk saya)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN SABAR..^_^



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


Ujian itu ibarat garam dalam sayuran, kerana garam itulah, kita baru dapat merasakan nikmatnya sayuran secara keseluruhan.

Dalam hidup, kita akan dapat merasakan kemanisan jikalau sudah mengenal rasa pahit. Kita baru dapat menyedari indahnya kebahagiaan kalau sudah merasakan suramnya kepayahan dan kesusahan. Kita baru tahu betapa syukurnya dengan terang benderang kalau sudah berada dalam kegelapan dan kita baru dapat mendefinisikan kejayaan kalau sudah mengalami kegagalan.

Ini kerana dengan nikmat setiap proses kesusahan, ujian, ataupun cubaan yang sedang kita alami, kita akan dapat merasakan manisnya kemenangan/kejayaan.

Mereka yang menyerah kalah, gagal, atau tidak sanggup bertahan melalui semua ujian dan cubaan yang datang menyapa, tidak layak untuk mengecapi manisnya tropi kemenangan.

Ujian adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada seorang muslim, maka hadapilah semua itu dengan kesabaran yang baik iaitu sabar mencari jalan keluarnya sambil terus berusaha sebaik-baiknya. Sabar agar tidak tergesa-gesa dalam bertindak dan mengambil langkah yang buruk sehingga mengakibatkan kerugian dan kemudaratan dan juga sabar dalam perlakuan dengan perasaan yang baik, menghindari berkeluh-kesah dan tetap berprasangka positif.

Ujian memang sebati dengan kita dan ianya merupakan cara untuk kita mendekatkan diri kepada Sang Pemberi Ujian (Allah SWT). Maka, perlulah kita melaluinya dengan sikap terbaik kita, jauh lebih penting berbanding kita mendapatkan hasil yang besar/kita inginkan tapi menggunakan cara-cara yang salah dalam menggapainya. Dan mendapatkan keredhaanNya (dengan selalu berada dalam nilai-nilai yang digariskan selama berada dalam ujian), tentu jauh lebih baik daripada mendapatkan hasil atau harapan-harapan yang kita sangkakan baik.

Dan terkadang juga, cubaan itu diperlukan untuk menguji keimanan, kesungguhan, tekad, keseriusan, dan ketawakalan kita kepada diriNya. Maka, tembuslah rintik ujian dengan sebaik-baiknya, dan buktikan kekuatan imanmu, keikhlasan niatmu, dan kesungguhan tekadmu. Sehingga pada hujung perjalanan, apapun hasil akhir yang akan kau dapatkan, hanya ada limpahan kebaikan yang banyak. InsyaAllah..

Allah adalah Rabb yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Perkasa, dan amat cinta kepada hamba-hambaNya.

Insya Allah, semua akan sentiasa baik-baik saja, bersangka baik dengan ujian allah SWT dan hasil terbaiklah untukmu di dunia maupun akhirat jika engkau beriman dan bertakwa kepadaNya. Hadapilah ia dengan senyuman ya..^_^

~ORANG YANG MUFLIS..~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم


“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”
~(Riwayat Muslim)~